• Downloads
  • Branch/ ATM Locator
  • Search

Announcements

Agrobank Kuala Krai Resumed Operations



Agrobank mengumumkan bahawa cawangan Kuala Krai telah kembali beroperasi pada 8 Januari 2014. Kawasan Kuala Krai adalah antara kawasan yang dilanda banjir teruk sejak 23 Disember yang lalu yang telah menyebabkan banyak operasi perniagaan turut terjejas.

Agrobank memahami keperluan pelanggan setempat terutamanya dalam situasi banjir dan telah segera menggerakkan Business Continuity Management (BCM) untuk menggiatkan usaha untuk menyambung semula perkhidmatan yang tergendala agar pelanggan-pelanggan Agrobank di kawasan yang terjejas dapat menerima perkhidmatan perbankan Agrobank. Agrobank merupakan bank pertama (di antara bank yang terjejas akibat banjir) yang memulakan semula operasi perbankan di daerah Kuala Krai.

Bagaimanapun Agrobank cawangan Kuala Krai beroperasi dengan perkhidmatan terhad kepada pengeluaran wang secara manual sahaja untuk pelanggan setempat. Manakala perkhidmatan  Mesin ATM & CDM belum boleh beroperasi.

Selain itu,  Agrobank Cawangan Rantau Panjang, Tanah Merah, Tumpat, Kota Bharu, Pasir Mas, Pasar Siti Khadijah dan Jeli telah beroperasi seperti biasa. Semua pelanggan Agrobank dinasihatkan supaya mengunjungi cawangan berdekatan yang tidak terjejas untuk sebarang urusan perbankan.

Pelanggan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Agrobank di talian  1 300 88 2476 untuk maklumat lanjut.

CALL CENTRE: 1 300 (AGRO)